Polis Tulsa kini dalam proses mengenal pasti identiti penembak yang menembak maut empat mangsa termasuk dirinya di kampus hospital di Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat pada Khamis.<br /><br />Menurut Timbalan Ketua Jabatan Polis Tulsa, Eric Dalgleish, setakat ini suspek dikenal pasti sebagai lelaki berkulit hitam berumur dalam lingkungan 35 ke 40 tahun.